Wednesday, February 20, 2013

Trip ke Johor bersama Kawan2 Tersayang

Assalamualaikumwarohmatullahiwabarakatuh.....
Alhamdulillah hari ni saya berkesempatan untuk meng’update’ tentang trip kami yang mencabar ke Johor untuk majlis perkahwinan kawan baik kami iaitu Najmin Ishak pada 8-11 Feb 2013... Walaupun keadaan saya tak berapa sihat time tu, saya tetap menyertai trip ni...
Trip kami bermula pada hari Jumaat 8 February 2013... Sebelum tu, kami mendapat arahan supaya berkumpul kat rumah Angah sebelum pukul 8 sebab pukul 8 kami dah nak gerak.... Saya orang ketiga sampai kat rumah Angah selepas Nina Nini dan Atie.. Pada mulanya saya ingat saya yang paling lewat.. Cepat2 datang rupa2nya driver kami Aiman dan kakak kami Nik pun belum sampai.  Sambil menunggu mereka, kami berbual2... Tidak lama kemudian barulah Aiman sampai.. Tapi masih tak boleh gerak lagi sebab Kak Nik kami belum sampai.. Setelah menunggu akhirnya Nik sampai jua.. (walaupun lewat sedikit) hehehe..
Setelah mendapat amanat, nasihat dari orang2 dewasa termasuk Atuk Angah, Abang Ipar Nik, Abah n Mak Nini Nina, Mama Angah, dan Umie Atie kami pun berlepas.. Kami akan mengambil Aina di Pasir Puteh.. Setelah mengambil Aina, kami teruskan perjalanan... Time tu saya sempat tengok jam.. Dalam pukul 9lebih jugak kami bertolak... Masing-masing terasa lapar sebab ada yang tak sarapan lagi..  Namun kami tak berhenti makan pun dalam Kelantan.   Kami meneruskan perjalanan kami....
Dalam kereta, kami dengar je cerita Aina.. macam2.. tentang 2ekor kucing dia selamat melahirkan anak, tentang game dan yang penting cerita Aina ke Cameron Highland.. hehehe... Memang tak kering gusi Aina terus bercerita...  Last2 hanya saya dan Aina je yang berbunyi. Orang lain senyap je.. hahahaha.. Saya pendengar yang setia.. Lagipun dah lama tak berjumpa Aina, jadi banyak la ceritanya...
Perjalanan diteruskan sehinggalah kami berhenti untuk mengisi minyak untuk kali kedua di Simpang Chini, Pahang... Setelah mengisi minyak, kami membuat keputusan untuk lunch sekali... sebab masing2 dah lapar.. Kat tepi Petronas tu ada kedai nasi ayam.. Kami menyantap disitu..  Selepas selesai makan, kami semua ingin meneruskan perjalanan.. setelah meneruskan perjalanan... kami dapat hidu satu bau hangit dari kereta... Aiman memaklumkan kepada kami temperature naik... Pada mulanya kami tak panic sangat.. Kami berhenti ditepi jalan... Tiada sesiapa pun kat situ..  Aiman dan Angah meng’check’ masalah kereta tu.  Diorang cakap maybe air kering.. Jadi diorang ambil semua air mineral yang ada dengan kami dan masukkan kat kereta... Selepas tu, kami meneruskan perjalanan sedikit sekurang-kurangnya nak berhenti dekat dengan kampung orang.. Masa tu hujan renyai2.. Aiman dan Angah sibuk menelefon keluarga dan sahabat handai untuk bertanyakan tentang masalah kereta tersebut..  Rupanya kami dah tersilap.. Kami tak sepatutnya masukkan air time kereta tengah panas tadi.. Sepatutnya kami kena tunggu kereta sejuk.. Tapi benda dah nak terjadi..  Setelah slowly bergerak, akhirnya kami berhenti kat satu kedai perkampungan orang asli.. kedai tu ada menjual barang2 memasak menggunakan kayu...sungguh unik dan cantik..Masa tu masih hujan renyai2...Aiman memaklumkan kami terpaksa menunggu 2jam untuk sejukkan enjin kereta... Aiman dan Angah mengisi air sebanyak mungkin kedalam botol untuk bekal letak dalam kereta nanti setelah kereta sejuk...Terpaksalah kami turun.. Kebetulan ada pondok orang asli kat situ....
Kami turun lepak kat pondok tersebut.. Orang kampung tu kelihatan pelik sedikit... Semasa lepak sempat lagi saya, Aina dan Angah main kad... Angah yang bawak.. Angah yang ajar main ‘nipu’... First time saya main permainan ‘nipu’ ni.. hahaha.. Apapun ia memang best.. tak  terasa sangat waktu kami menunggu..  Sangat seronok saya dan Aina belajar permainan ni.. Sampai gelak2, orang dalam kereta siap sound ‘bersungguh tehh’ hahaha...  Tidak berapa lama kemudian, kami pun bertolak mencari masjid berdekatan memandangkan kami belum menunaikan kewajipan kami lagi pada hari itu..  Setelah bergerak akhirnya kami memasuki Muadzam Shah, kami singgah di sebuah masjid disitu menunaikan Zohor dan Asar kami sambil menunggu kereta sejuk... Disamping tu, kami mengisi air banyak2 untuk bekal jika kereta kehabisan air nanti.. Berdasarkan maklumat yang Aiman dan Angah perolehi, akhirnya kami berjaya menjumpai bengkel kereta... Alhamdulillah...  Bincang2 dengan owner bengkel tu, dorang cakap tangki air kereta tersumbat.. boleh buat, Cuma kena bayar RM120.. kami cakap ok but kena tunggu lepas maghrib baru boleh buat.. Apalagi kami terpaksa la tunggu.. Bersila diatas kaki lima.. macam2 cerita keluar...masing2 nak bercerita.. dan sempat lagi saya, Aina dan Angah sambung main ‘nipu’ sementara tunggu maghrib tiba.. hari makin gelap...
Akhirnya, owner bengkel tu sampai...tapi kami perlu bergerak pergi ke bengkel lain.. follow owner bengkel tu ( Abang Duan)... setelah sampai, mereka memulakan kerja mereka... Rupanya tangki begitu tersumbat dengan karat dan habuk.. Kami sempat saksikan bagaimana mereka membersihkan tangki tersebut.... Menarik juga...mereka kata, ia akan memakan masa 3-4 jam.. saya, Nina, dan Atie tidur dalam kereta...Tak lama kemudian, Nik dan Aina menyertai... Hanya Aiman, Angah dan Nini yang menyaksikan orang baiki kereta...  Setelah selesai, kami kena tunggu lebih kurang 15minit untuk pasang balik tangki tersebut...  Apalagi kami tunggu lagi.. Sebelum mereka pasang, mereka check dulu tangki tersebut..rupa2nya tangki tersebut dah bocor... makin rumit masalah kami... membazir masa abang tu membersihkan tangki tu tadi...kalau tahu bocor, dia takkan bersihkan tadi....nak tukar dah tengah malam.. masa tu dah hampir pukul 11 malam.. semua bengkel dan kedai spare part pasti sudah tutup... Abang Duan cakap lagi kalau esok pagi pun, belum tentu ada kedai yang buka sebab time tu cuti Tahun Baru Cina, kebanyakan kedai spare part adalah milik orang cina....  Dorang cakap lagi, kitorang terpaksa check-in hotel untuk bermalam malam ni.... Masing2 runsing sebab keluarga sibuk mesej dan call bertanya khabar samada sudah sampai belum.. Ada yang menceritakan masalah sebenar.. Ada yang tidak.. hehehe..Saya tidak menceritakan masalah tersebut sebab saya takut orang kat rumah bertambah risau... Dalam hati saya berdoa agar semuanya selamat....
Dengan ihsan baik Abang Duan dan pekerja2 bengkel tersebut, mereka menghantar kami ke hotel berdekatan di Muadzam Shah... tak silap nama hotel tu RS Hotel, bersebelahan pasaraya Tunas Manja... Lebih kurang pukul 12 tengah malam kami check-in ke bilik hotel.. Terlalu penat.. Aina, Nini, Atie, Angah dan Aiman keluar makan... Saya, Nina dan Nik je yang tinggal dalam bilik... Dah tak larat dan takde selera nak makan tambah2 keadaan diri saya yang tidak sihat time tu..  Selepas tu, masing2 tak sedarkan diri akibat terlalu penat...
Keesokannya, pagi2 lagi Aiman dan Angah memulakan misi mereka...mereka bergerak ke bengkel sementara ladies hanya tinggal di bilik hotel...kami hanya menunggu...mujurlah kedai kopi hanya bersebelahan dengan hotel yang kami duduki...Kami harus check-out dari hotel selepas Zohor...sebelum tu, kami menyantap di kedai kopi tersebut... Selepas menunaikan solat jamak Zohor Asar, kami keluar dari hotel dan kembali lepak dikedai kopi tersebut.. Kami hanya order air je.. Kami start memasuki kedai kopi tersebut pada pukul 2petang... Macam2 cerita kami berbual... sampai tak tahu apa lagi nak bualkan sebab semua cerita kami dah ceritakan... Dengar Atie bercerita tentang filem Minyak Dagu... Masing2 focus cerita Atie... Dari pukul 2 sampai la pukul 7 petang kami lepak disitu...Dah berapa puluh orang keluar masuk dari kedai makan tersebut, namun kami masih disitu... Disamping tu, kami dapat perkembangan daripada Angah dan Aiman... mereka tengah berusaha...  Akhirnya, hampir pukul 7 kereta kami selesai.... Dalam sejarah kami lepak dikedai makan selama 5jam...Fuhh...masa yang sangat lama.... Tapi kami sangat bersyukur, akhirnya kesulitan kami selesai... Setelah tu, kami bertolak ke arah Segamat... Kami melalui kawasan hutan tepat pada waktu maghrib.. dalam hati, saya terus berzikir.... Sangat takut pada ketika itu...walaupun mata sangat berat dan mengantuk, saya tidak tidur...bimbang perkara tidak diingini berlaku..saya menggenggam surah Yasin yang ada dalam beg saya...dalam hati saya berdoa semoga kami dijauhkan dari perkara2 buruk... Masing2 senyap dalam kereta ketika melalui kawasan itu....
Semasa kami dalam perjalanan, kami mendapat berita Najmin telah sah menjadi isteri Rahimi.. Alhamdullillah...majlis berjalan lancar... Kami meneruskan perjalanan dan akhirnya setelah beberapa jam kami sampai ke destinasi di Taman Sutera Kuning, Johor Bharu.. Kami sampai setelah majlis nikah selesai.. Namun, pengantin masih menunggu kami..Kami disambut oleh Teyha dan Fara yang terlebih dahulu sampai.... Teyha dan Fara sempat menyaksikan majlis akad nikah yang berlangsung sebentar tadi.... Kami tiba dengan muka mengantuk dan pucat ke rumah Najmin... Namun begitu masih sempat bergambar walaupun berseluar dan tshirt.. Itu yang penting... hahahaha...
Setelah  itu, adik Najmin menghantar kami ke homestay yang telah disediakan Najmin... Sangat luas rumah tu... memang Najmin cadangkan untuk kami sekelas...  Thanks Najmin..  Setelah tiba di homestay tersebut (Rumah Tamu Syahadah), saya terus mandi... diorang keluar makan.. Saya dan Nik tidak keluar memandangkan mood makan dah takde dan terlalu letih.. Namun, Teyha tetap belanja saya dan Nik nasi goreng kampung.. Teyha tapau untuk kitorang.. Thanks Teyha.. Nasi sedap sangat sebab orang kelantan yang masak..memang kena dengan selera.. hehe...
Malam tu riuh rendah dengan kawan2.. maklumlah dah lama tak berjumpa.. Saya happy sangat malam tu, tambah2 boleh jumpa dengan Teyha dan Kak Ton, sebab dah lama sangat tak jumpa... Diorang dah kerja sekarang....Antara yang ada malam tu adalah Nini, Nina, Fara, Nik, Aina, Atie, Teyha dan Kak Ton.. Saya tidur sebilik dengan Nik, Aina dan Kak Ton...
Keesokkan pagi, pada 10February2013, kami terus bersiap ke majlis resepsi perkahwinan Najmin dan Rahimi..Majlis sungguh indah, gilang gemilang dan meriah... Yang bestnye kami semua pakai baju yang sama disponsor oleh Najmin.. nampak cantik... Sampai2 terus makan, sebab lapar.. hehe.. kami jugak tak lepas peluang untuk bergambar... Setelah itu, kami dipanggil untuk mengangkat dulang2 hantaran untuk dimuatkan dalam video.. Setelah tu, kami bergambar lagi dan lagi...  Abang Omar Hariz jugak datang ke majlis perkahwinan Najmin.. Kami bergambar kenangan bersama2 pengantin.. Selain itu, kak Ngah Fara jugak datang..First time dapat jumpa wafiy..comel sangatt.. selalu tengok gambar je.. sama besar dengan Rafiq.. hehehe..
Pada malamnya, kami dibawak oleh pemandu pelancong (Abang Omar) untuk jalan2 ke sekitar Johor.. Alang2 dah datang, mesti la nak jalan2... First kitorang pergi makan.. Makan Steamboat..Tempat dia sangat unik sebab rata2 gerai dia adalah van.. Dorang menjual makanan diatas van.. Tapi steamboat dia memang best...Ada macam2 lagi makanan dekat situ... Kami enjoy makan dekat situ... Selepas tu, Abang Omar bawak kami pergi Danga Bay.. Kali kedua saya pergi Danga Bay.. Sebelum ni pernah pergi dengan Najmin... Kami enjoy dan bergambar sakan.. Kawan2 saya siap main dekat fun fair.. Diorang sangat enjoy, tambah2 Nik.. Sampai pucat2 muka.. J ...Saya tak main pun, sebab keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan...Tengok aje dah pening...haha..
Selepas tu.. Abang Omar bawak kami pergi Fasal Karat.. Cam pasal malam gitu... Kali kedua jugak bagi diri saya.. Saya dah pernah kesitu... Kami jalan2 je... tak tahu nak beli ape.. yang seronok boleh jalan2... Semasa dekat situ, kami berpecah dua kumpulan... Kumpulan yang bersama dengan saya adalah Nik, Aina, Kak Ton, Nini, Angah, Aiman dan Abang Omar... Semasa berjalan2 kami dikejutkan dengan satu peristiwa yang mendebarkan... Takut gila2 time tu.. Siap ada polis segala...berdasarkan apa yang kami lihat, ada kes kecurian kereta dan mereka macam nak bertumbuk dengan jarak lebih kurang 2 langkah dari kami.. Hanya Allah yang tahu betapa kecutnya perut saya ketika itu... Semasa kejadian, saya tidak lepas menggengam tangan Kak Ton disebelah saya ketika itu.. Setelah beberapa ketika kami beredar.. Takut dengan keadaan tersebut.. Kami terus berjalan-jalan... Macam2 kedai ada dekat situ... Ada kedai jual rambut palsu... Yang kelakarnya Nik, Aina dan Angah mencuba rambut palsu tersebut.. Nik dan Aina dah rupa macam rambut Johan... Angah lagi kelakar... Sakit perut saya tengok aksi diorang.. macam2.. hahaha..
Setelah penat berjalan, akhirnya kami pulang... letih tersangat... masing2 salin pakaian dan baring atas katil.. Nik yang terdahulunya tidur... Kami masih berbual2.. Tetiba rasa lapar.. Baru ingat tadi kami hanya makan steamboat.. Jam menunjukkan dekat2 pukul 2pagi.. Entah siapa mengeluarkan idea gila, ajak pergi makan malam2.. haha.. Akhirya saya bersiap...Setelah itu saya bersama Teyha, Aina, Atie dan Kak Ton keluar ke kedai makan berdekatan..  Tapi kami tapau je... makan kat rumah... Selepas makan baru lah kami nyenyak tidur... J
Keesokannya, kami bertolak pulang...sebelum pulang kami singgah dirumah kak ngah Fara kat UTM, dan menghantar Fara ke situ.. Boleh jumpa wafiy lagi yeyy... Sebenarnya kami rancang nak pergi shopping kat JPO.. tapi bimbang lambat sampai dan kereta bermasalah lagi... kami batalkan rancangan tersebut.. Sebelum balik, kami singgah di Domino’s Pizza untuk tapau makan dalam kereta.. Kami berpisah dengan Teyha dan Abang Omar dekat situ dan kami teruskan perjalanan balik ke Kelantan...  Tiba  di segamat.. tetiba temperature naik pulak... hati kami mula risau.. keadaan pun same dengan hari sebelumnya dimana keadaan hujan renyai2.. Akhirnya kami berhenti di Segamat untuk menyantap petang itu...  Setelah selesai makan... Aiman dan Angah menelefon Abang Duan menceritakan keadaan kereta.. Abang Duan mengajar mereka macammana untuk menurunkan temperature...  Setelah selesai, kami bergerak lagi dan singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat untuk hari itu... Akhirnya kereta baik2 sahaja...  Kami balik melalui Kuantan-Dungun-Kuala Terengganu...
Dalam perjalanan, kami merasa lapar kerana hanya makan sedikit dikedai tadi.... Masing2 lapar.. Bercakap tentang makan, tetiba Aiman teringat nasi lemak makcik bawah rumah kat Kuala Terengganu.... Dah lama saya tak merasa nasi tu..  Kami sampai kuantan dalam pukul 10malam.. kami tidak tahu samada sempat atau tak merasa nasi makcik tu.. sebab makcik tu buka kedai dalam pukul 1pagi..  Dalam perjalanan , semua orang tertidur.. kecuali driver, Aiman.. Saya pun beberapa kali terlelap.. Menyedari keadaan terlalu sunyi... saya pun berbual2 dengan Aiman... Co-driver sebelah Aiman pun tertidur... Macam2 soalan saya bertanyakan Aiman supaya Aiman tak mengantuk.....
Dalam pukul 1.30pagi.. akhirnya kami sampai dirumah makcik jual nasi lemak tu... Mak aihhh...ramai gila orang, siap beratur nak membeli nasi makcik tu.... Kami menunggu dalam kereta, Angah turun membeli nasi untuk kami..... 10bungkus semuanya... hehe.... Akhirnya kami berkeputusan untuk makan di Mydin Mall Kuala Terengganu....Dah lama tak menjejak kaki ke Mydin Mall yang dulunya menjadi tempat lepak kami... Kami makan di kedai Mamak Nasi Kandar...Kami order air je..nasi kami makan nasi lemak yang kami bawak.. Best nasi makcik tu sebab dah lama tak makan.... Selepas makan barulah kami semua kenyang...Kami teruskan perjalanan... Setelah makan, semua tidur....Saya tidur sepanjang perjalanan balik.. Cuma sekali sekala saya tersedar mendengar lawak Aina... Dekat nak sampai semakin banyak pulak lawak Aina... Hehehe.. Itulah Aina.. Tanpa Aina, sunyilah kami.....
Hampir dekat2 subuh, kami sampai kerumah dengan selamatnya..  Alhamdulillah kereta tidak buat hal lagi.. Kami bersyukur kami sampai dengan selamatnya...
Pengalaman trip kali ini sungguh bermakna bagi kami semua dan meninggalkan kenangan yang mendalam bagi kami semua... Bagi saya sendiri, ia meninggalkan satu kenangan yang tidak boleh saya lupakan sampai bila2....  Thanks semua kawan2.. Aiman, Angah, Nini, Nina, Atie, Nik, Aina, Fara, Kak Ton, Teyha, Abang Omar dan pasangan suami isteri Najmin dan Rahimi....  Semoga Persahabatan yang terbina kekal selamanya.. Insya’Allah.....Love u all...

Ini antara koleksi gambar2 kami...

Kami bersama pengantin.. :)

Happy di Danga Bay.. :)

Muka happy sebelum main...

Setibanya di majlis perkahwinan dengan muka pucat..

Kami.....

The Steamboat..

We :)

Pagi sebelum bertolak pulang... bersama pengantin baru..

Hi 5.. :)

Congrat Min...

Bersama Kak Ngah dan Wafiy

Girls... :)
 Ini saja..saya takde banyak sangat gambar....ni pun copied from fb rakan2 :)

 

Tuesday, February 12, 2013

Uneasy

Feeling uncomfortable because of some situation.   It make me sick.  I hope, the situation will be right back... 

Tapi.....ade cerita yang perlu diupdate...yes..cerita KAMI ke Johor...trip yang sangat mencabar bersama
Aiman, Angah, Kembar Nina Nini, Nik, Aina dan Atie.. Tunggu next post saya akan update.. :)