Friday, December 14, 2012

Tak Lama Dah

Assalamualaikum... ari ni dah masuk 15 Disember 2012 dan 2 Safar 1434H Kalendar Islam.. Beberapa langkah lagi, kita semua akan melangkah ke thun baru 2013.. Dan umur aku pun automatik akan jadi 23 (walaupun bulan 8 bru cukup 23) huhuhu.. nanti ade orang tanya, "Umur berapa?" aku kena jawab "23".. Begitu cepat masa berlalu.. dah hampir 23 tahun aku di muka bumi ini, hampir 23 tahun kehidupan aku.  Pelbagai rintangan yang telah aku alami.. pejam celik, pejam celik, dah sampai pun umur kedewasaan aku dimana rata-rata ramai antara kawan2 aku yang dah berumah tangga.  Yang dah ada anak pun ramai dah..  Antara orang paling dekat dengan aku, bff aku, Siti Nor Ismah dan punyai 2 orang anak yang comel ( Adam & Iman).. tetibe ase rindu nk pegi jumpa diorang :).  Dan juga Mohammad Aiman Mazlan, merangkap kekasih pertama aku, juga cinta pertama aku dulu dah punyai sorang anak perempuan yang comel ( Rania Aqiella).. Tahniah both of u ye Ismah and Aiman.  Huh..Pada usia 22 korang da ada anak, aku bila lagi???? (hikhik ngade plak).. Yela, tak tahu bila lagi jodoh aku akan sampai.. aku kawen nanti mesti anak-anak korang da besar kan.. huhu.. untung2 boleh berbesan pulak kan kite.. hehehe

Sepanjang kehidupan aku 23 tahun ni.  Macam-macam berlaku dalam hidup aku.  Seperti orang lain jugak, mesti ade kenangan masing2.. cerita hidup masing2.. Seumur hidup aku, aku telah tempuhi pelbagai kenangan.. Pahit manis semua ada.  Kenangan sukar dilupakan.. aku ni jenis xmudah nak lupakan sesuatu perkara even perkara kecil sekalipun.. Aku ada kenangan dengan setiap orang yang aku kenal.. Setiap orang yang pernah hadir dalam hidup aku semuanya bermakna.  Ada cerita disebalik semua perkenalan.. Setiap Detik Pasti Ada Pertemuan, Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan, Setiap Perpisahan Pasti Ada Kenangan & Setiap Kenangan Pasti Diabadikan.. 

Ada pelbagai orang yang aku telah temui sepanjang hidup aku, ada yang boleh dijadikan kawan, ada yang boleh dijadikan teman, ada yang boleh dijadikan sahabat, ada yang boleh dijadikan lawan dan ada jugak yang tak boleh masuk langsung dengan aku.. Aku ni jenis boleh je masuk dengan semua orang, maklum la orang yang suka cakap banyak macam aku ni memang la pakai redah je.. huhu.. tapi kalau ada orang yang aku tak boleh nk masuk tu, ade something wrong somewhere la..huhu.. takde la, mungkin memang tak sekepala kot mungkin jadi macam tu.  

Apa yang aku nak ceritakan sebenarnya kita dah nak sampai ke penghujung tahun 2012.  Mak ai, cepat nye masa berlalu. Baru je rasa semalam kira countdown nak masuk tahun 2012.. Tak lama lagi nk countdown 2013 da..  Rupa-rupanya dah hampir setahun setengah aku kat Dungun ni.. dah penghujung sem. Ya, dah nak habis da.. tinggal practical je 4 bulan, lepas 2 grad.. and konvo :).. Cepatnye masa berlalu, dah 4tahun lebih dah aku bergelar pelajar UiTM.. Rasa baru je semalam abah daftar masuk sekolah menengah.  Cepatnyaaa.... aku da semakin tua da,  dah 5 tahun aku tinggalkan sekolah.  Rasa baru je aku duk bergurau senda dengan kawan-kawan sekolah aku.  Duk berbual2 dengan guru-guru..   (Tetiba rindu zaman asrama dulu ) sob.sob.sob

Pelbagai cerita yang aku alami sepanjang umur sehingga hari ini.  Yang aku paling pasti jalan cerita hidup aku memang berbeza antara dengan orang lain.. (Memang la, semua orang x same :p)..Yang paling pasti, telah banyak dugaan dan cabaran yang telah aku lalui selama ini.  Masalah pelbagai masalah.  Termasuk la masalah yang aku hadapi semasa tingkatan 4.. Opss.. hanya kawan2 baik aku je yang tahu.. Tapi Alhamdulillah aku dapat selesaikan masalah tu tanpa menyusahkan ma dan abah aku.  Aku tak sangka seusia 16 tahun aku dah kena hadapi masalah masa tu dan aku boleh handle.  Tabah betul aku masa tu..   

Pokoknya disini, dah 23 tahun aku hidup, banyak la perkara yang aku alami.. Senang, Susah semua dah aku rasa.  Yang penting, aku bahagia dengan hidup aku sebab aku ade ma dan abah yang sangat sayangkan aku.  Adik beradik yang sayangkan aku, walaupun kadang2 gaduh..  Kawan2 yang sentiasa menyokong.  Tanpa mereka semua, hidup aku takkan ade makne.  

Ok dah untuk malam ni.. ~~ Tak awal sangat dah nak wish HAPPY NEW YEAR 2013 Semua & Selamat Melangkah ke alam 23 Nor Ruziana Ismi!! :) 


HAPPY NEW YEAR 2013



Welcome to 23 world  Ismi :)

No comments:

Post a Comment