Assalamualaikumwarohmatullahiwabarakatuh.....
Alhamdulillah
hari ni saya berkesempatan untuk meng’update’ tentang trip kami yang mencabar
ke Johor untuk majlis perkahwinan kawan baik kami iaitu Najmin Ishak pada 8-11
Feb 2013... Walaupun keadaan saya tak berapa sihat time tu, saya tetap
menyertai trip ni...
Trip
kami bermula pada hari Jumaat 8 February 2013... Sebelum tu, kami mendapat
arahan supaya berkumpul kat rumah Angah sebelum pukul 8 sebab pukul 8 kami dah
nak gerak.... Saya orang ketiga sampai kat rumah Angah selepas Nina Nini dan
Atie.. Pada mulanya saya ingat saya yang paling lewat.. Cepat2 datang rupa2nya
driver kami Aiman dan kakak kami Nik pun belum sampai. Sambil menunggu mereka, kami berbual2...
Tidak lama kemudian barulah Aiman sampai.. Tapi masih tak boleh gerak lagi
sebab Kak Nik kami belum sampai.. Setelah menunggu akhirnya Nik sampai jua..
(walaupun lewat sedikit) hehehe..
Setelah
mendapat amanat, nasihat dari orang2 dewasa termasuk Atuk Angah, Abang Ipar
Nik, Abah n Mak Nini Nina, Mama Angah, dan Umie Atie kami pun berlepas.. Kami
akan mengambil Aina di Pasir Puteh.. Setelah mengambil Aina, kami teruskan
perjalanan... Time tu saya sempat tengok jam.. Dalam pukul 9lebih jugak kami
bertolak... Masing-masing terasa lapar sebab ada yang tak sarapan lagi.. Namun kami tak berhenti makan pun dalam
Kelantan. Kami meneruskan perjalanan
kami....
Dalam
kereta, kami dengar je cerita Aina.. macam2.. tentang 2ekor kucing dia selamat
melahirkan anak, tentang game dan yang penting cerita Aina ke Cameron
Highland.. hehehe... Memang tak kering gusi Aina terus bercerita... Last2 hanya saya dan Aina je yang berbunyi.
Orang lain senyap je.. hahahaha.. Saya pendengar yang setia.. Lagipun dah lama
tak berjumpa Aina, jadi banyak la ceritanya...
Perjalanan
diteruskan sehinggalah kami berhenti untuk mengisi minyak untuk kali kedua di
Simpang Chini, Pahang... Setelah mengisi minyak, kami membuat keputusan untuk
lunch sekali... sebab masing2 dah lapar.. Kat tepi Petronas tu ada kedai nasi
ayam.. Kami menyantap disitu.. Selepas
selesai makan, kami semua ingin meneruskan perjalanan.. setelah meneruskan
perjalanan... kami dapat hidu satu bau hangit dari kereta... Aiman memaklumkan
kepada kami temperature naik... Pada mulanya kami tak panic sangat.. Kami
berhenti ditepi jalan... Tiada sesiapa pun kat situ.. Aiman dan Angah meng’check’ masalah kereta
tu. Diorang cakap maybe air kering..
Jadi diorang ambil semua air mineral yang ada dengan kami dan masukkan kat
kereta... Selepas tu, kami meneruskan perjalanan sedikit sekurang-kurangnya nak
berhenti dekat dengan kampung orang.. Masa tu hujan renyai2.. Aiman dan Angah
sibuk menelefon keluarga dan sahabat handai untuk bertanyakan tentang masalah
kereta tersebut.. Rupanya kami dah
tersilap.. Kami tak sepatutnya masukkan air time kereta tengah panas tadi..
Sepatutnya kami kena tunggu kereta sejuk.. Tapi benda dah nak terjadi.. Setelah slowly bergerak, akhirnya kami
berhenti kat satu kedai perkampungan orang asli.. kedai tu ada menjual barang2
memasak menggunakan kayu...sungguh unik dan cantik..Masa tu masih hujan
renyai2...Aiman memaklumkan kami terpaksa menunggu 2jam untuk sejukkan enjin
kereta... Aiman dan Angah mengisi air sebanyak mungkin kedalam botol untuk
bekal letak dalam kereta nanti setelah kereta sejuk...Terpaksalah kami turun..
Kebetulan ada pondok orang asli kat situ....
Kami
turun lepak kat pondok tersebut.. Orang kampung tu kelihatan pelik sedikit...
Semasa lepak sempat lagi saya, Aina dan Angah main kad... Angah yang bawak..
Angah yang ajar main ‘nipu’... First time saya main permainan ‘nipu’ ni..
hahaha.. Apapun ia memang best.. tak
terasa sangat waktu kami menunggu..
Sangat seronok saya dan Aina belajar permainan ni.. Sampai gelak2, orang
dalam kereta siap sound ‘bersungguh tehh’ hahaha... Tidak berapa lama kemudian, kami pun bertolak
mencari masjid berdekatan memandangkan kami belum menunaikan kewajipan kami
lagi pada hari itu.. Setelah bergerak
akhirnya kami memasuki Muadzam Shah, kami singgah di sebuah masjid disitu
menunaikan Zohor dan Asar kami sambil menunggu kereta sejuk... Disamping tu,
kami mengisi air banyak2 untuk bekal jika kereta kehabisan air nanti..
Berdasarkan maklumat yang Aiman dan Angah perolehi, akhirnya kami berjaya
menjumpai bengkel kereta... Alhamdulillah...
Bincang2 dengan owner bengkel tu, dorang cakap tangki air kereta
tersumbat.. boleh buat, Cuma kena bayar RM120.. kami cakap ok but kena tunggu
lepas maghrib baru boleh buat.. Apalagi kami terpaksa la tunggu.. Bersila diatas
kaki lima.. macam2 cerita keluar...masing2 nak bercerita.. dan sempat lagi
saya, Aina dan Angah sambung main ‘nipu’ sementara tunggu maghrib tiba.. hari
makin gelap...
Akhirnya,
owner bengkel tu sampai...tapi kami perlu bergerak pergi ke bengkel lain..
follow owner bengkel tu ( Abang Duan)... setelah sampai, mereka memulakan kerja
mereka... Rupanya tangki begitu tersumbat dengan karat dan habuk.. Kami sempat
saksikan bagaimana mereka membersihkan tangki tersebut.... Menarik
juga...mereka kata, ia akan memakan masa 3-4 jam.. saya, Nina, dan Atie tidur
dalam kereta...Tak lama kemudian, Nik dan Aina menyertai... Hanya Aiman, Angah
dan Nini yang menyaksikan orang baiki kereta...
Setelah selesai, kami kena tunggu lebih kurang 15minit untuk pasang
balik tangki tersebut... Apalagi kami
tunggu lagi.. Sebelum mereka pasang, mereka check dulu tangki
tersebut..rupa2nya tangki tersebut dah bocor... makin rumit masalah kami... membazir
masa abang tu membersihkan tangki tu tadi...kalau tahu bocor, dia takkan
bersihkan tadi....nak tukar dah tengah malam.. masa tu dah hampir pukul 11
malam.. semua bengkel dan kedai spare part pasti sudah tutup... Abang Duan
cakap lagi kalau esok pagi pun, belum tentu ada kedai yang buka sebab time tu
cuti Tahun Baru Cina, kebanyakan kedai spare part adalah milik orang
cina.... Dorang cakap lagi, kitorang
terpaksa check-in hotel untuk bermalam malam ni.... Masing2 runsing sebab
keluarga sibuk mesej dan call bertanya khabar samada sudah sampai belum.. Ada
yang menceritakan masalah sebenar.. Ada yang tidak.. hehehe..Saya tidak
menceritakan masalah tersebut sebab saya takut orang kat rumah bertambah risau...
Dalam hati saya berdoa agar semuanya selamat....
Dengan
ihsan baik Abang Duan dan pekerja2 bengkel tersebut, mereka menghantar kami ke hotel
berdekatan di Muadzam Shah... tak silap nama hotel tu RS Hotel, bersebelahan
pasaraya Tunas Manja... Lebih kurang pukul 12 tengah malam kami check-in ke
bilik hotel.. Terlalu penat.. Aina, Nini, Atie, Angah dan Aiman keluar makan...
Saya, Nina dan Nik je yang tinggal dalam bilik... Dah tak larat dan takde
selera nak makan tambah2 keadaan diri saya yang tidak sihat time tu.. Selepas tu, masing2 tak sedarkan diri akibat
terlalu penat...
Keesokannya,
pagi2 lagi Aiman dan Angah memulakan misi mereka...mereka bergerak ke bengkel
sementara ladies hanya tinggal di bilik hotel...kami hanya menunggu...mujurlah
kedai kopi hanya bersebelahan dengan hotel yang kami duduki...Kami harus
check-out dari hotel selepas Zohor...sebelum tu, kami menyantap di kedai kopi
tersebut... Selepas menunaikan solat jamak Zohor Asar, kami keluar dari hotel
dan kembali lepak dikedai kopi tersebut.. Kami hanya order air je.. Kami start
memasuki kedai kopi tersebut pada pukul 2petang... Macam2 cerita kami
berbual... sampai tak tahu apa lagi nak bualkan sebab semua cerita kami dah
ceritakan... Dengar Atie bercerita tentang filem Minyak Dagu... Masing2 focus
cerita Atie... Dari pukul 2 sampai la pukul 7 petang kami lepak disitu...Dah
berapa puluh orang keluar masuk dari kedai makan tersebut, namun kami masih
disitu... Disamping tu, kami dapat perkembangan daripada Angah dan Aiman...
mereka tengah berusaha... Akhirnya,
hampir pukul 7 kereta kami selesai.... Dalam sejarah kami lepak dikedai makan
selama 5jam...Fuhh...masa yang sangat lama.... Tapi kami sangat bersyukur,
akhirnya kesulitan kami selesai... Setelah tu, kami bertolak ke arah Segamat...
Kami melalui kawasan hutan tepat pada waktu maghrib.. dalam hati, saya terus
berzikir.... Sangat takut pada ketika itu...walaupun mata sangat berat dan
mengantuk, saya tidak tidur...bimbang perkara tidak diingini berlaku..saya
menggenggam surah Yasin yang ada dalam beg saya...dalam hati saya berdoa semoga
kami dijauhkan dari perkara2 buruk... Masing2 senyap dalam kereta ketika
melalui kawasan itu....
Semasa
kami dalam perjalanan, kami mendapat berita Najmin telah sah menjadi isteri
Rahimi.. Alhamdullillah...majlis berjalan lancar... Kami meneruskan perjalanan
dan akhirnya setelah beberapa jam kami sampai ke destinasi di Taman Sutera
Kuning, Johor Bharu.. Kami sampai setelah majlis nikah selesai.. Namun,
pengantin masih menunggu kami..Kami disambut oleh Teyha dan Fara yang terlebih
dahulu sampai.... Teyha dan Fara sempat menyaksikan majlis akad nikah yang
berlangsung sebentar tadi.... Kami tiba dengan muka mengantuk dan pucat ke
rumah Najmin... Namun begitu masih sempat bergambar walaupun berseluar dan
tshirt.. Itu yang penting... hahahaha...
Setelah itu, adik Najmin menghantar kami ke homestay
yang telah disediakan Najmin... Sangat luas rumah tu... memang Najmin cadangkan
untuk kami sekelas... Thanks Najmin.. Setelah tiba di homestay tersebut (Rumah Tamu
Syahadah), saya terus mandi... diorang keluar makan.. Saya dan Nik tidak keluar
memandangkan mood makan dah takde dan terlalu letih.. Namun, Teyha tetap
belanja saya dan Nik nasi goreng kampung.. Teyha tapau untuk kitorang.. Thanks
Teyha.. Nasi sedap sangat sebab orang kelantan yang masak..memang kena dengan
selera.. hehe...
Malam
tu riuh rendah dengan kawan2.. maklumlah dah lama tak berjumpa.. Saya happy
sangat malam tu, tambah2 boleh jumpa dengan Teyha dan Kak Ton, sebab dah lama
sangat tak jumpa... Diorang dah kerja sekarang....Antara yang ada malam tu
adalah Nini, Nina, Fara, Nik, Aina, Atie, Teyha dan Kak Ton.. Saya tidur
sebilik dengan Nik, Aina dan Kak Ton...
Keesokkan
pagi, pada 10February2013, kami terus bersiap ke majlis resepsi perkahwinan
Najmin dan Rahimi..Majlis sungguh indah, gilang gemilang dan meriah... Yang
bestnye kami semua pakai baju yang sama disponsor oleh Najmin.. nampak
cantik... Sampai2 terus makan, sebab lapar.. hehe.. kami jugak tak lepas
peluang untuk bergambar... Setelah itu, kami dipanggil untuk mengangkat dulang2
hantaran untuk dimuatkan dalam video.. Setelah tu, kami bergambar lagi dan
lagi... Abang Omar Hariz jugak datang ke
majlis perkahwinan Najmin.. Kami bergambar kenangan bersama2 pengantin.. Selain
itu, kak Ngah Fara jugak datang..First time dapat jumpa wafiy..comel sangatt..
selalu tengok gambar je.. sama besar dengan Rafiq.. hehehe..
Pada
malamnya, kami dibawak oleh pemandu pelancong (Abang Omar) untuk jalan2 ke
sekitar Johor.. Alang2 dah datang, mesti la nak jalan2... First kitorang pergi
makan.. Makan Steamboat..Tempat dia sangat unik sebab rata2 gerai dia adalah
van.. Dorang menjual makanan diatas van.. Tapi steamboat dia memang best...Ada
macam2 lagi makanan dekat situ... Kami enjoy makan dekat situ... Selepas tu,
Abang Omar bawak kami pergi Danga Bay.. Kali kedua saya pergi Danga Bay..
Sebelum ni pernah pergi dengan Najmin... Kami enjoy dan bergambar sakan.. Kawan2
saya siap main dekat fun fair.. Diorang sangat enjoy, tambah2 Nik.. Sampai
pucat2 muka.. J ...Saya tak main pun, sebab
keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan...Tengok aje dah pening...haha..
Selepas
tu.. Abang Omar bawak kami pergi Fasal Karat.. Cam pasal malam gitu... Kali
kedua jugak bagi diri saya.. Saya dah pernah kesitu... Kami jalan2 je... tak
tahu nak beli ape.. yang seronok boleh jalan2... Semasa dekat situ, kami
berpecah dua kumpulan... Kumpulan yang bersama dengan saya adalah Nik, Aina,
Kak Ton, Nini, Angah, Aiman dan Abang Omar... Semasa berjalan2 kami dikejutkan
dengan satu peristiwa yang mendebarkan... Takut gila2 time tu.. Siap ada polis
segala...berdasarkan apa yang kami lihat, ada kes kecurian kereta dan mereka
macam nak bertumbuk dengan jarak lebih kurang 2 langkah dari kami.. Hanya Allah
yang tahu betapa kecutnya perut saya ketika itu... Semasa kejadian, saya tidak
lepas menggengam tangan Kak Ton disebelah saya ketika itu.. Setelah beberapa
ketika kami beredar.. Takut dengan keadaan tersebut.. Kami terus
berjalan-jalan... Macam2 kedai ada dekat situ... Ada kedai jual rambut palsu...
Yang kelakarnya Nik, Aina dan Angah mencuba rambut palsu tersebut.. Nik dan
Aina dah rupa macam rambut Johan... Angah lagi kelakar... Sakit perut saya tengok
aksi diorang.. macam2.. hahaha..
Setelah
penat berjalan, akhirnya kami pulang... letih tersangat... masing2 salin
pakaian dan baring atas katil.. Nik yang terdahulunya tidur... Kami masih
berbual2.. Tetiba rasa lapar.. Baru ingat tadi kami hanya makan steamboat.. Jam
menunjukkan dekat2 pukul 2pagi.. Entah siapa mengeluarkan idea gila, ajak pergi
makan malam2.. haha.. Akhirya saya bersiap...Setelah itu saya bersama Teyha,
Aina, Atie dan Kak Ton keluar ke kedai makan berdekatan.. Tapi kami tapau je... makan kat rumah...
Selepas makan baru lah kami nyenyak tidur... J
Keesokannya,
kami bertolak pulang...sebelum pulang kami singgah dirumah kak ngah Fara kat
UTM, dan menghantar Fara ke situ.. Boleh jumpa wafiy lagi yeyy... Sebenarnya
kami rancang nak pergi shopping kat JPO.. tapi bimbang lambat sampai dan kereta
bermasalah lagi... kami batalkan rancangan tersebut.. Sebelum balik, kami
singgah di Domino’s Pizza untuk tapau makan dalam kereta.. Kami berpisah dengan
Teyha dan Abang Omar dekat situ dan kami teruskan perjalanan balik ke
Kelantan... Tiba di segamat.. tetiba temperature naik pulak...
hati kami mula risau.. keadaan pun same dengan hari sebelumnya dimana keadaan hujan
renyai2.. Akhirnya kami berhenti di Segamat untuk menyantap petang itu... Setelah selesai makan... Aiman dan Angah
menelefon Abang Duan menceritakan keadaan kereta.. Abang Duan mengajar mereka
macammana untuk menurunkan temperature... Setelah selesai, kami bergerak lagi dan
singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat untuk hari itu... Akhirnya
kereta baik2 sahaja... Kami balik
melalui Kuantan-Dungun-Kuala Terengganu...
Dalam
perjalanan, kami merasa lapar kerana hanya makan sedikit dikedai tadi....
Masing2 lapar.. Bercakap tentang makan, tetiba Aiman teringat nasi lemak makcik
bawah rumah kat Kuala Terengganu.... Dah lama saya tak merasa nasi tu.. Kami sampai kuantan dalam pukul 10malam..
kami tidak tahu samada sempat atau tak merasa nasi makcik tu.. sebab makcik tu
buka kedai dalam pukul 1pagi.. Dalam
perjalanan , semua orang tertidur.. kecuali driver, Aiman.. Saya pun beberapa
kali terlelap.. Menyedari keadaan terlalu sunyi... saya pun berbual2 dengan
Aiman... Co-driver sebelah Aiman pun tertidur... Macam2 soalan saya bertanyakan
Aiman supaya Aiman tak mengantuk.....
Dalam
pukul 1.30pagi.. akhirnya kami sampai dirumah makcik jual nasi lemak tu... Mak
aihhh...ramai gila orang, siap beratur nak membeli nasi makcik tu.... Kami
menunggu dalam kereta, Angah turun membeli nasi untuk kami..... 10bungkus
semuanya... hehe.... Akhirnya kami berkeputusan untuk makan di Mydin Mall Kuala
Terengganu....Dah lama tak menjejak kaki ke Mydin Mall yang dulunya menjadi
tempat lepak kami... Kami makan di kedai Mamak Nasi Kandar...Kami order air
je..nasi kami makan nasi lemak yang kami bawak.. Best nasi makcik tu sebab dah
lama tak makan.... Selepas makan barulah kami semua kenyang...Kami teruskan
perjalanan... Setelah makan, semua tidur....Saya tidur sepanjang perjalanan
balik.. Cuma sekali sekala saya tersedar mendengar lawak Aina... Dekat nak
sampai semakin banyak pulak lawak Aina... Hehehe.. Itulah Aina.. Tanpa Aina,
sunyilah kami.....
Hampir
dekat2 subuh, kami sampai kerumah dengan selamatnya.. Alhamdulillah kereta tidak buat hal lagi..
Kami bersyukur kami sampai dengan selamatnya...
Pengalaman
trip kali ini sungguh bermakna bagi kami semua dan meninggalkan kenangan yang
mendalam bagi kami semua... Bagi saya sendiri, ia meninggalkan satu kenangan
yang tidak boleh saya lupakan sampai bila2....
Thanks semua kawan2.. Aiman, Angah, Nini, Nina, Atie, Nik, Aina, Fara,
Kak Ton, Teyha, Abang Omar dan pasangan suami isteri Najmin dan Rahimi.... Semoga Persahabatan yang terbina kekal
selamanya.. Insya’Allah.....Love u all...
Ini antara koleksi gambar2 kami...
Kami bersama pengantin.. :) |
Happy di Danga Bay.. :) |
Muka happy sebelum main... |
Setibanya di majlis perkahwinan dengan muka pucat.. |
Kami..... |
The Steamboat.. |
We :) |
Pagi sebelum bertolak pulang... bersama pengantin baru.. |
Hi 5.. :) |
Congrat Min... |
Bersama Kak Ngah dan Wafiy |
Girls... :) |
Ini saja..saya takde banyak sangat gambar....ni pun copied from fb rakan2 :)
Banyok kali teh mention KAK...
ReplyDeletehahaha..perlu la mention kak...sbb ado abe pemandu pelancong tu.... hahaha
ReplyDelete